GUA MUSANG: Mayat lelaki Orang Asli suku kaum Bateq yang hilang ketika memancing dipercayai dibaham harimau Selasa lepas, ditemukan di Kuala Sungai Tunggul semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mayat Halim Asin, 27, dijumpai oleh pasukan penyelamat pada pukul 5.10 petang dalam keadaan terlungkup dan tersangkut pada tunggul kayu pada jarak kira-kira dua kilometer (km) dari tempat kejadian.
"Mayat ditemukan dalam keadaan separuh bogel dan hanya memakai baju berwarna gelap, dipercayai hanyut dari tempat kejadian sehingga ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang memulakan operasi pagi semalam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Kampung Aring 5 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Sik berkata berikutan keadaan persekitaran di hutan yang gelap dan agak berbahaya, pasukan penyelamat mengambil keputusan untuk mengeluarkan mayat mangsa pagi tadi dan tiba ke tebing Sungai Aring 5 kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.
Sik berkata misi SAR itu melibatkan lapan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), serta polis menamatkan SAR itu berikutan penemuan mayat mangsa.
Sementara itu, abang ipar mangsa Kuang Cemetong, 31, yang menyertai operasi SAR dari hari pertama pencarian Rabu lepas meluahkan rasa lega kerana mayat Halim berjaya ditemukan.
"Saya adalah antara orang pertama yang melihat mayat mangsa. Perasaan ketika itu sangat sedih, namun lega apabila Halim akhirnya dijumpai.
"Keluarga masih belum dimaklumkan tentang berita penemuan ini dan balik nanti saya akan beritahu kepada ayah, kakak serta anaknya," katanya.
Terdahulu, media melaporkan Halim hilang ketika memancing bersama anak saudaranya Alang Kuang, 8, di Sungai Aring 5, dikhuatiri menjadi mangsa serangan harimau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Halim hilang ketika memancing bersama anak saudaranya Alang Kuang, 8, di Sungai Aring 5, dikhuatiri menjadi mangsa serangan harimau. - Gambar Bernama
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.